Friday, 16 September 2016

Dari mana Pizza Orang Jepun Bermula


Assalamualaikum :)
 Selamat datang ke Blog rasmi "Pizza Orang Jepun".
Pertama kali ke anda dengar tentang produk ini? Sebenarnya Pizza Orang Jepun atau POJ ni di branding semula bersesuaian dengan gaya bahasa di Malaysia.

Jika di Jepun, POJ ini dikenali dengan "Okonomiyaki".Dan di Jepun terkenal dengan 2 jenis Okonomiyaki iaitu osaka style dan hiroshima style.
Pizza Orang Jepun memilih okonomiyaki hiroshima style kerana masih belum meluas di malaysia dan hanya boleh didapati di restoran serta gerai yang bukan halal.
Atas kesedaran tentang kepentingan HALAL,kami mengolah resepi asal dengan mencipta resepi berasaskan bahan-bahan yang halal sahaja.

POJ mula beroperasi pada Febuari 2016 dengan memulakan perniagaan di tepi jalan dan hanya menggunakan apa yang ada di tangan waktu itu.
Memulakan perniagaan dengan kos paling minima agar tidak menaggung risiko yang besar.



POJ mula mendapat sambutan selepas hampir sebulan dan mula mendapat perhatian pelanggan setempat.Lokasi pertama adalah di seberang jaya,penang.Mula berniaga dari pukul 12tghari hingga 7malam.
Berkonsepkan on street atau tepi jalan memudahkan pelanggan tanpa perlu parking dan berjalan jauh untuk ke gerai.Terutama waktu puncak,pelanggan yang keluar makan tengahari dan waktu pulang dari kerja.



POJ mula dikenali dan mendapat perhatian serta tersebar dilaman sosial terutama selepas keluar di rancangan Selamat Pagi Malaysia pada April.



POJ mula mendapat panggilan untuk dibuka diluar kawasan penang,kerana pelanggan di tempat lain mula berminat untuk mencuba.
Atas permintaan tersebut , Founder POJ iaitu Puan Azriyah dan suaminya, Tuan Syafiq mula membuka peluang kepada sesiapa untuk mulakan perniagaan franchais POJ secara kos yang murah serta kurang risiko.
Franchais pada permulaan di buka hanya di utara dan terhad bagi manjaga kualiti serta mudah di pantau.
Franchais kedua diutara selepas penang ialah di Jitra dan Grik.



Bagaimana POJ bermula tanpa kos yang besar,tanpa menunggu serba serbi sempurna.Alhamdullilah POJ mula membuka peluang Franchais ke Selatan tanah air pula.
Doakan POJ melebarkan sayap dan terus beri manfaat kepada ramai orang diluar sana.

p/s: Snda yang berminat boleh terus hubungi admin POJ ditalian 011 3417 3696 Uuntuk sebarang info dan pertanyaan lanjut.




No comments:

Post a Comment